Assalamualaikum.
Alhamdulillah. hari keenam kita berpuasa nampaknya. semua masih berjalan selancar mungkin. walaupun kekadang perut sesuka hati nyanyi lagu najwa latip. ala yang kosong kosong tu. nampak tak permainan dia? mintak diisi. tapi jangan runsing, jangan khuatir. gua punya perut dah kasi prektis awal awal. elok je gua pesan jangan ngegeda time bulan puasa. setakat ni dia masih dengar cakap.
rasa macam baru hari tu gua, duduk bersimpuh *fulamak boleh tahan aku menipu* sambil lipat kain *ini betui* tertunggu tunggu atuk umum puasa bagi pengumuman dekat tv. tapi entah macam mana boleh pulak terlepas. lebih parah puncanya sebab berebut mee hun. memang tak masuk akal dek orang lain, tapi masih masuk menusuk dalam akal aku. mee hun dapat, wuu muka pemenang. tapi atuk umum puasa terlepas. itu settle. gua boleh google dengan rakus. gua dengan google ni takyah cakap lah. macam ni haa rapat dia. lebih kurang macam kawan main masak masak masa tadika dulu. cewah.
dah masuk hari ke enam ni en. dah setart dah keluar bunyik mercun dua tiga letup. ibarat hidup segan, mati tak mahu. fuyoo peribahasa sebijik gua letak sini. mungkin dalam dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan hari makin racak ativiti letup meletup ni. time tu jangan lah engko semua heran wahai hadirin sekalian, janganlah muskil kalau kalau rumah semua penuh asap dek kerana bebudak kecik main bunga api sambil nyanyi lagu raya sepenuh hati.
lagi satu. seronoknya bulan puasa ni ape tau, bila bukak peti ais perh macam macam kaler air ada. ungu, hijau, hijau cekelat cekelat. merah hati, pink pekat, pink cair semua pun ada. tapi meh sini ustazah nak pesan, bebulan puasa ni janganlah kita membazir ye anak anak, ambik lauk penuh pinggan lepas tu makan tak habis. kalau rasa rasa macam tak berapa best je makan sayur. takyah ambik. kang nanti buang. sayang. oh pasal sayur tu sebenornya nasihat peribadi buat diri den sendiri ni haa. hikhik.
cukuplah. ohoi orang kampung semua. selamat menjalani ibadah puasa *senyum kenyit mata*
NotaKaki - aku suka mercun bila baling bunyi pop pop yang singgit sekotak tu. fuhh mencabar.
No comments:
Post a Comment