oh tak punya niat mahu menaip sebenarnya. tapi melihatkan jari jemari dah lain macam gemuknya, gua dengan rakus mula menaip. mana lah tahu kot kot menaip boleh membakar beribu kalori atau lemak lemak puaka yang nampaknya semakin ceria beranak pinak sejak cuti kan, eleh engkorang apa tahu. eh emosi pulak tetiba mak jemah.
ini ha cerita dia. gua takleh bro tengok bebudak baru nak kenal dunia dah pandai habis cintan sana sini. baru melangkah pergi sekolah menengah dah sibuk cerita masa depan. eh tak kesah lah masa depan berjaya nak naik menara gading gajah ke apa, ini masa depan lepas menara gading. haa nampak tak permainan dia? alaa kecik kecik baru besar semut dah pandai dah cerita pasal kahwin. siap gaduh berebut girlfriend boyfriend. amenda amenda amenda semua ni? lagi sekali mak jemah emosi.
gua bukan apa, sayang lah kan, kalau pelajaran tertinggal gara gara benda remeh cemni. eh tak tak, gua tak cakap gua baik ke apa. gua dulu nakal bro. nama gua dulu pengawas pernah catit sebab lambat sekali datang sekolah. tapi sekali je lah. selalunya gua datang awal, siap sapu kelas lagi. gua rajin. eh apa? masuk bakul angkat sendiri? lah, memang lah tapi selalunya gua masuk bakul lepas tu seret seret, musykil jugak acano dah masuk nak angkat. seret jelah mampu.
okay berbalik kepada pokok pangkal cerita, gua adik beradik semua perempuan dan gua selaku ketua pasukan cukup runsing kalau kalau adik adik gua dah mula pandai main cecintun ni. dulu, gua pernah ambik surat cintan adik gua then lekat tinggi tinggi dekat dinding bilik ibu abah gua. kekonon nak tunjuk gua punya kuasa ditaktor gitu tau. tapi tak lama, macam kesian gua cabut balik. gua ni baik hati tau sebenarnya. k lagi sekali gua seret bakul ahaks.
ini adik kembar gua. dah pandai ngengada. tapi gua tahu dia baik, baik sama macam gua. tapi yang hakiki nya gua lagi baik lah. itu satu alam semesta dah sedia maklum.
gua ni tak ada lah baik sangat, dulu masa sekolah sama jugak gatal. tapi gatal sebab kena gigit nyamuk ah. nyamuk ni pun satu, dekat mana ada gua, dekat situ ada dia. sibuk betui. ah sudah, gua ni sayang tau dekat semua adik adik di seluruh pelusuk dunia, amboi. kita ni muda muda, kecik kecik, comel comel, sesama lah belajar rajin rajin dulu ye dok, nanti dah besar sikit dah melangkah unibersiti orang kata en, suka hati engko lah nak kahwin ke apa. tapi kena tahu batas batas juga lew yew.
Notakaki - akhir kata, selamat kembali bersekolah adik adik ku sayang. euw. hikhik
No comments:
Post a Comment