orang kata, fashion dulu dulu dah naik balik. Bukan main, semua nak ikut trend semasa katanya. semua nak dot dot, ala ala retro kau. kalau boleh, raya nanti kain langsir dengan kuih raya nak yang sama pesen gitu, betul tak Mak Jemah? dah lah, sebenarnya gua taktahu nak merepek kerepek apa. sobs sedihnya hidup ini *tetiba*
Bahan Bahan yang diperlukan. jeng jeng jeng
3 biji tellur sejuk dari peti ais
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar atau santan
3sudu teh baking powder
1sudu kecil ovallete
1sudu teh paste vanilla
okay part filling, ala ala inti gituw. bukan feeling k. takyah mengada buat apam je nak feeling bagai, over uolls.
untuk filling, pilih lah mana mana satu kelapa ke, kaya ke, coklat ke, strawberry ke, blueberry ke, blackberry ke. suka hati engkorang lah kan.
part pewarna pun ikut suka jiwa raga.
paper cup pun mesti ada. takkan nak bungkus guna surat khabar je ye dok.
acuan lompang secukupnya. lompang.. kompang.. lebih kurang je nih. HAHAHHAHA k.
1. Masukkan semua bahan bahan segala jadah kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan impak maksima 6-8 minit sampai kembang. hidung tak perlu kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
3. Masukkan setiap warna pelangi itu tadi ke dalam piping bag. kalau takde, plastik bersih pun boleh lah.
4. Susun acuan lompang dalam loyang juga letakkan papercup di dalamnya gitu.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
panjang pulak lah cara buat. cara makan sonang jo. bukak mulut, ngapp terus hilang dari pandangan. okay sambung.
6. letakkan filling secukupnya atas adunan dalam mangkuk kertas tadi.
7. picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
untuk part dot dot, ambil pewarna pilihan, kacau rata, masukkan dalam piping bag dan dot dotkan adunan tadi dengan warna pilihan sesuka hati.
8. panaskan kukusan. oh, tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tak menitis atas apam.
9. pastikan api sederhana panas. kukus apam selama 10-15minit sampai masak sepenuhnya.
10. Makan dengan rakus, eh.
okay ini hasilnyeww.
Notakaki - Hari raya nanti boleh bisnes ini. keching $ $ keching $ $.
No comments:
Post a Comment