okay, sempena cuti panjang before further study, dapat pulak lah cari nafkah sesuap nasi kerja dekat farmasi. oh rasanya pernah ada cerita dalam ini, ada bawah bawah bawah sekali. nak dijadikan cerita, boleh lah tahan seronoknya dekat situ, hari hari jumpa orang lain. macam macam penyakit ada. dari sakit se-simple selesema sampai se-serious mungkin.
dah dalam 5 hari kerja situ, alah bukan buat hape pun. takat tolong kemas kemas, susun susun ubat atas rak, pack ubat masuk plastik. memang hidup aku akhir akhir ni bergelimpangan dengan ubat. kemain. Nama pun farmasi, ubat tak payah cakap berapa. memang tak cukup kalau nak kira dengan jari tangan campur kaki. beratus puluh ribu lah agaknya. bila Dr. suruh kemas rak ubat, aku taktahu nak start dari mana. sepah dia perh dasyat kaw kaw. macam mana si Dr. boleh ingat semua ubat pun gua sendiri tak sure. patut pun, dia kan Doktor. mesti masa belajar dulu, dia latih otak dia hafal buku tebal tebal. kesian otak dia, penat. eh? HAHA
nak dijadikan cerita, dalam farmasi tu cuma ada Dr. seorang dengan aku. yang tukang ambik ubat, tukang jadi doktor dalam klinik, tukang kira kira duit, tukang itu tukang ini, oh mestilah bukan aku. semua Dr. yang buat. aku, ngeh ngeh takat sapu, mop aku retilah. kemas sikit sikit haa kerja aku lah tu. beb, bukan taknak tolong carikkan ubat ke hape, bayangkan, baru berapa hari kerja kira dasyat kebebeh lah aku kalau dapat hafal ubat demam dekat mana, ubat resdung dekat mana. itu belum masuk lagi ubat sakit perut, ubat sakit kaki, dan juga ubat ubat yang sewaktu dengan persatuan ubat ubat sedunia. hihi.
ini ubat kaler oren. untuk apa? cirit birit kot, eh entah -_- |
Bila farmasi penuh ramai orang, aku yang gabra. kekadang ada pakcik makcik tanya, minta bagi depa ubat. pulak pulak time tu Dr. busy mengalahkan perdana menteri uganda. perh, aku cuma mampu jawab, "tunggu sekejap ye, doktor ada patient dekat dalam". bukan aku taknak tolong ambik ubat ke apa. takut salah bagi. kang diorang mintak ubat kencing manis, silap silap aku bagi ubat takboleh nak kencing. hah acane? ubat pulak merata rata ada, macam macam kaler. merah, biru, pink. macam macam fungsi. macam macam rasa. oh atleast, ada lah jugak ubat aku tahu. kalau warna biru, ubat kurus kasi buang lemak. kalau ubat warna merah pulak kasi cuci darah.
cerita pulak pasal customer. pelbagai karenah, ragam. dari yang ada kaki, sampai yang tak ada sebelah kaki. aku tak sure macam mana dia boleh ada cuma satu kaki, accident mungkin. kesian. tapi hebat jugak brother tu sebenarnya, dah dalam kekurangan macam tu, dia masih mampu jalan sorang sorang pergi farmasi. sangat berdikari. ada jugak yang sakit ala ala macam dalam cerita bersamamu. alaaa, taktahu lah nama scientific sakit tu apa, tapi tapi yang jenis kepala dia membesar. kalau dalam tv, selalunya baby yang kena sakit tu. sakit sejak lahir. kesian sangat sangat.
setakat ni semua pun okay, harap harap esok lusa pun sama. memanglah ada customer yang ingat aku tahu semua selok belok susun atur ubat dalam Farmasi tu. kehadapan pakcik *oh mana tahu kan, kalau kalau pakcik tu baca belog gua ke hape* okay sambung, sebenarnya saya langsung tak tahu menahu pasal ubat ubat kejadah semua. so saya harap pakcik faham kalau saya tak reti nak ambik ubat yang mana satu, pulak pulak kalau time doktor busy. pakcik kena sabar, sabar kan separuh dari iman. hihi. hah, dekat farmasi Dr. panggil gua Nurul. semua semua pun panggil Nurul lah. mula mula dengar orang panggil Nurul macam euw sikit. bukan apa, ayu sangat bunyiknya. gua kan rockers. BHAHAHA.
Farmasi bukak pukul 11pagi. takpauah kelam kabut bagun pagi. watlek watpeace. oh tapi tutup pukul 10malam. bila balik rumah, agak agak rasa macam nak tumbang jugaklah, even tak buat hape pun dekat farmasi tu. Dr. tu memang baik ambik aku kerja situ, sebab rasanya lah kan, dalam sehari aku lagi banyak rehat rehat likeaboss dari susah payah kemas kemas, lap lap habuk :P ohoi hujung bulan, cepat lah datang. tangan macam dah gatal gatal. HAHHA. eh tapi takut jugak, bukan apa, hujung bulan April result exam keluar. Ya Allah, semoga semuanya dipermudahkan, amin.
oih, panjang pulak entry ni. siapa lah yang sudi baca surat cinta gua panjang berjela acani ngeh ngeh :3
Notakaki - oh esok orang cuti, gua kena kerja. sobs
2 comments:
kemas yun...jangan tak kemas..hehe..tul jugak bab kemas ubat nih..sebab kalau acik la jadik doktor tu..bila nak amik ubat..tetiba dah beralih tempat..yun pulak tak der..mau menggelabah... pape pon..good luck la for the exam result...alaaaaa...yun kan gempak punya student..mesti result pon gempak...hehehehe..
result? alamak takut banget! HAHAHHAHHA, gempak lew sangat.
Post a Comment