okay ini cerita hari isnin. hari ni Farmasi bukak lambat 15minit. okay lagi lah. tak macam selalu lambat berjam jam. pekerja harapan nusa bangsa memang cenggini. tak bukak lagi tapi dah tayang muka. silap silap hari bulan, gua boleh dapat pingat pekerja terbaik peringkat klang dan kawasan sewaktu dengannya. pun boleh.
okay bukan itu yang nak gua bebel bebelkan. eceh. tapi ini haa dia, macam biasalah. bila masuk kerja apa yang selalu gua buat kemas kemas. bila dah tak ada buat apa, okay gua duduk. mula mula duduk, bosan pulak. kasi keluar novel. selak selak sikit okay baca. memang itu rutin. pulak ada lah seorang customer ni. asal dia datang, mesti gua tengah duduk duduk, rehat rehat. asal gua tengah duduk duduk, rehat rehat mesti dia datang. mungkin dia rasa gua cuma makan gaji buta. "pakcik, sepatutnya pakcik kena datang awal sikit, haaa time tu saya memang tengah busy sapu sapu sampah, mop mop lantai, lap lap habuk, saya dah siap kemas, tengah duduk baru pakcik nak datang hah lagi satu saya memang tak reti ambik ubat, selalu Dr. yang settle kejadah ubat ubatan. kalau saya yang buat, salah bagi ubat, mamfuss pulak hah , acane?" gua cakap kaw kaw dengan pakcik tu. eh tapi cakap dalam hati jelah. BHAHAHHAHA -_-
oh takde kena mengena. gua lapar sebenarnya, saja letak :3 |
ini lain pulak ceritanya. ada budak ala ala baru nak ambik SPM cemtu masuk Farmasi. beli ubat. biasanya, kalau takat beli 1packet Dr. memang tak bagi plastik, semua customer memang dah biasa dengan isu palstik plastik nih. bukan apa, dia sayang alam sekitar lah agaknya. plastik kan susah nak lupus. pulak pulak kita menggunakan 500billion hingga 1trillion plastik setahun! *pakcik google punya fakta*. Berbalik kepada asal usul cerita, budak perempuan tadi cakap cenggini "boleh bagi plastik tak? nanti orang pandang peliklah" alahai, mengada dia kemain. dia tak fikir pulak, kau pasang MP3 kuat kuat, dah macam radio bergerak. lagu jiwang karat pulak tu. adik oi, depa pandang hang bukan sebab, hang bawak ubat tak masuk plastik, tapi depan pandang sebab hang tu pelik semacam. budak baru nak up macam tu lah agaknya, cheh suka hati eden je berbicara, ahaks.
ini lagi satu hal, pukul 7 sampai 8 malam gua rehat. selalunya lepas gua datang balik Farmasi, mesti ada drama jadi, hari tu ada patient warga seberang accident siap jahit jahit, darah menitik nitik. gua jugak yang main peranan tukang cuci. nasib baik gua tak takut darah. gua rasa perempuan memang lagi tabah kuat gagah perkasa bila tengok darah kalau nak dibandingkan dengan lelaki. kenapa? itu rahsia kami. KAHKAH. okay drama kali ni, ada pulak warga seberang sakit dada, siap boleh pengsan pengsan lagi. selalunya kes parah macam ni sepatutnya kena terus pergi hospital, tapi apakan daya, Dr. cakap depa takdak money. kesian jugak. tambah pulak kilat sabung menyabung, time tu jugak lampu farmasi mengada, liplap liplap, macam nak mati, macam nak hidup. faham tak sebenarnya pasal lampu tu? alah dia macam keluar bunyi current zzaaap zzaap. ah taknak lah cerita dah.
bergua gua ni buat gua rasa macam duduk dalam gua lah pulak. HAHAHHAAHHAHA. actually, tittle entry macam aneh lah sikit, memandangkan gua tapi malam malam nak dekat pukul 12 hari selasa, so tu yang isnin nak masuk selasa tu. kelakar lah sikit. hah, tak kelakar? k muntah pelangi reramai.
Notakaki - rasa macam nak kerja sebulan, malas lah. ngeh ngeh ngeh :3
2 comments:
fenin i....eheehehehe.(paksa diri untuk gelak)... oow..dari ritew nak interbiu..ni farmasi kat seberang jalan kat depan umah nenek u ker...haaa..boleh i terjah kasi u bz layan customer merepak nih...hehehehhehe
alaa jangan ah datangg. I maluuu. HAHHAHAHAAH
Post a Comment