Tuesday, 3 April 2012

2 April

Assalamualaikum.

oh, sebenarnya nak update semalam. tapi entah kenapa, mood taip menaip tak pulak memunculkan diri, eceh. macam biasa lah, tiap tiap kali 2 April nenek mesti cakap, 'eh dah besar cucu nenek rupanya'. itu nenek. atuk, 'dulu masa baby rambut kemain lebat hitam berkilat bersilau bersinar sinar' oh tak. actually atuk cakap cukup sampai berkilat je, bersinar menyinar bagai gua sendiri tokok tambah. tengok tengok bertapa jujur nya diri ini, ehek.

dan dan, ini birthday last sambut umur masih belas belas. lepas ni kena puluh puluh. Nak jadi kecik muda belia remaja boleh tak agak agak? pernah borak borak dengan abah pasal umur. acani ah lebih kurang bunyik dia. 'abah, next year kakyun 20'. abah balas, 'so dah boleh kahwin lah?' aku balas balik 'ye leww' okay aktiviti balas berbalas debat berdebat ni sampai penamat bila abah mengeluarkan ayat ayat penyentap yakni 'oh dah boleh kahwin, ada boypreng ke? adik pun dah ada'. saat itu aku cuma mampu buat muka pasghah itu menyeghah. 

okay let's the pictures tell the story. cerita pasal proses tumbesaran gua. hah? pun boleh lah. HAAHHA -.-

terlalu comel untuk diungkap dengan kata kata. k geli sendiri. HAHAHA
Muka malas pergi sekolah -______-
makin hari makin tinggi, terima kasih calcium! *tetiba*
umur 20, gua nak 20batang lilin.
okay. terima kasih bebanyak buat mereka mereka yang wish dekat facebook, twitter. hantar text, siap call memalam. susah susah je, eheks.

oh tak cukup dengan itu, 2 April aku keluar carik kerja. perh dah rasa macam orang bekerjaya. bila dah dapat, belum start kerja dah gelojoh kira RM. alahai, tak lama lepas tu, dapat khabor berita yang tak sodap di dengar dek telinga capang. mungkin warga twitterjaya yang prihatin ada tahu pasal ini. bukan rezeki. okay takpe, gua tak berapa nak gusar, dapat pulak offer kerja farmasi. tadi dah gemuruh jiwa semangat membara nak pergi interview, tutup pulak lahai farmasi tersebut. esok ke pergi lagi lah T.T

sekarang gua sudah punya Tumblr . majulah konon. *buat muka kerek*

Notakaki - dulu pernah kerja office, tahan 2 minggu. pulak tak ada gaji, oh sadis.

No comments: