Friday, 16 May 2014

Wednesday, 29 January 2014

hi

Assalamualaikum.

jadi sekarang, aku dah lupa nak buat kata kata pendahuluan macam mana. Lantak engko la aku nak terus masuk cerita, tegas tak tegas?

cuti lebih kurang sebulan camgitu, selain punya jawatan bibik merangkap ajk kebersihan, tukang cuci kain, sidai kain, sapu sampah dan juga pelbagai jenis pekerjaan masuk akal yang lain, aku juga buat kerja kerja part time macam jadik kaunselor selaku penasihat budak budak nak peksa. Ya, adik adik aku sorang nak upsr, lagi dua nak periksa form 3 yang sekarang orang panggil pbsmr ke mende entah lah. Powernya anak sulung ni engko akan jadi segala jadah inspirasi untuk adik adik di mana segala macam soalan latih tubi yang engko hampir sipi sipi nak lupa akan disoal kembali ,dan secara tak langsung engko pun akan acah acah intelligent walaupun sering menyalahkan buku latihan dan kalkulator bila tak reti nak jawab soalan. 

bukan main malas lagi aku masa sekolah rendah dulu. Malas yang bukan boleh bawak gurau. Malas terdampar engko tahu, yang jenis baring tengah jalan kena langgar beskal pun boleh buat tak reti nak ketepi, ha malas camgitu lah. Malas tahap sifir lima pun susah nak hafal. Aku dulu pernah kena baca sifir lima dekat depan kelas, pastu tak reti. Sampai sekarang tergusir perasaan dengan cikgu matematik. Kalau terserempak kat mana mana, akan aku baca sifir ke dia kuat kuat.

pastu suka tipu ada kerja sekolah, cakap takdek. Abah pulak jenis yang prihatin ke anak anak. Hampir tiap malam spot check beg sekolah. Selalunya, bila ada kerja sekolah aku akan bawak kerekter cucu mithali di mana aku akan pergi rumah nenek tidur sana dan salah satu sebabnya, takut kena marah abah wiwiwi. Pastu esok paginya, aku akan buat drama sedih taknak pergi sekolah. Jenis yang dah hantar sampai kelas, berlari pi pagar depan. Sedih gila, pandai aku mendalami watak. Aku yakin gila, bakal anak anak aku esok akan buat perangai macam gini jugak, balasan Tuhan.

Abah dulu garang gila ke aku. Subjek feveret pulak matematik, ah aku pulak pesen manusia jiwa seni nombor nombor, darab bahagi memang bukan kegemaran. Bila peksa dapat 79/100 matematik, mampos lah engko. Siap sedia fizikal mental. Abah akan suruh buat pembetulan sambil dia perati kat sebelah. Gerun dia takpayah cakap lah, level kinabalu campur everest. Doraemon yang selalu tayang masa maghrib tu pun tak kasi nengok, engko tahu.

sekarang bukan main bebas adik adik aku, belajar tak perlu abah perati. Jenis berdikari. Jeles jugak sebenarnya. Aku tengah pikir ni kalau abah tak tegas ke aku dulu, entah apa jadi. Naik darjah lima, disamping sering memenangi pertandingan mewarna, aku dah mula belajar secara seriyes pastu terus settle darjah enam upsr dan sedar sedar dah tingkatan satu. 

Lagilah perangai naik form one, masuk asrama dua minggu keluar dah. Degil aku dulu, kalau boleh jumpa aku yang dulu, memang aku sound ke aku sendiri. Lepas keluar asrama, aku berikrar nak belajar bagus memandangkan sekolah depan rumah nenek, dari koridor kelas boleh nampak rumah. Senang cerita kalau nak selamber badak makan tengahari kat rumah pun boleh. Pastu pulak, jumpa kawan yang rajin dia tahap mak mertua tak fikir dua kali nak buat menantu, sebelum balik rumah homework segala jadah settle. Sebab nak jugak jadi pilihan mak mertua, aku ikut rajin sekali. 

Kadang kadang terfikir, dulu masa sekolah macam mana study. Pmr je, dah kena revise buku tiga tahun, dari buku text form one sampai form three. Sekarang, slides berapa chapter pun susah nau nak habis, kan? 

ok tu je nak cerita, boiii 







Tuesday, 27 August 2013

Hidup


sebab,

langit bukan selalunya cerah

dan

dunia bukan selalunya indah.

kan?

aku tahu.

Monday, 26 August 2013

teksi

Assalamulaikum.

Ini kesah bedah. 

cerita bermula pabila si bedah, atau nama dalam ic Siti Carlifornia, mahu ke pasar. Ya, memang nampak mengarut, macam mana Siti Carlifornia boleh berubah kepada bedah, tapi pedulik hape, gua malas nak kasi tahu. Maka, untuk ke pasar, bedah perlu buat keputusan hidup mati sama ada mahu menaiki teksi atau berjalan kaki. Mengikut perancangan asli, Siti Carlifornia mahu saja berjalan ke pasar, tapi bila ditimbang timbang, jarak ke pasar dari rumahnya sudah lebih berjuta sentimeter, boleh lencun ketiak Carlifornia. lencun saja tidak mengapa, takut takut peluhnya melimpah pula ke ladang gandum, mana bedah mahu sorok muka? nak cari ladang gandum saja dah jadi satu masalah lain. Jadi bedah naik teksi.

Tujuh setengah pagi, bedah steady tunggu teksi. 

Terguris perasaan bedah itu jam, seketul teksi pun tidak kelihatan. Berasap telinga bedah menahan marah, nasib baik aja bedah hijabster, sudah dililit lilit selendang dikepalanya, sampaikan asap pun susah mahu keluar. Bedah kasi chan teksi datang lambat sikit, kalau takde jugak bedah baring atas jalan, tanda protes.

Tak semena mena, teksi lalu depan mata. Apelagi, bedah buat muka kerek. Bukan apa, bedah fikir kekerekan bedah itu boleh buat teksi tahu yang bedah tengah tunggu dia. Sayang seribu kali sayang sembah patik harap diampun, teksi jalan selamber badak, ditolehnya bedah pun tidak. 

Kosong bedah rasa. 

Ada mokcik yang datang entah dari mana, sentuh bahu bedah. 

" Nak, teksi tak akan berhenti kalau kita tak tahan dia nak, teksi tak tahu yang kita tengah tunggu dia "

Bedah angguk dua kali tanda paham. 

" tapi nak, kalau teksi berhenti tapi engko tak naik, jangan sedih. Mungkin, haluan teksi lain, haluan engko lain " 

Bedah angguk lagi, tapi kali ni empat kali dia punya angguk. kefahaman bedah, dah level dewa dewi, senang cerita.

" Chenta, sama juga macam kita tunggu teksi nak "

Deep gila mokcik ni, terbeliak mata bedah.

dah alang alang mata terbeliak, bedah nengok jam tangan. Ah sudah, seminit lagi nak jam doblas. Siti Carlifornia cepat cepat mahu hulur salam ke mokcik, tapi aneh, mokcik dah hilang dari pandangan. Boleh tahan power mokcik, dah lah deep, boleh hilang hilang pulak.

Berdesup bedah lari dari tempat kejadian terus balik ke rumah. Bedah tak fikir lagi mahu ke pasar.

sambil duduk depan tivi dan makan megi, bedah terus fikir pasal teksi dan chenta. 

pastu dia tidur, sebelum pejam mata, bedah sempat pesan ke omak, 

" Mak, wake me up when september end ye! " 

paihtu terus berdengkur,

 sekuat hati.

Monday, 5 August 2013

Majlis Iftar.

Assalamualaikum.

okay, bagi gua masa dua minit. 

gua nak hapdet sikit gambar iftar semalam.

buat tatapan hari tua kata orang.

nanti boleh tunjuk ke cucu cucu.

"cu, sini kejap nenda nak nunjuk gambar iftar nenda dengan dak dak ekselen ni, sini kejap cu."

Nenda Syahidah wei, jangan main main wei.

geli gila. hahahaha









#GangTwitter katanya, hahahahaha beria.

"gojes gila nenda", kata cucu cucu gua.

ek eleh, apa? gua make sure ah nanti depa cakap camtu.

maka,

Kalau ada sumur di ladang,
boleh gua menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
dak dak Ph, nanti kita jumpa lagi.

"bukan setakat gojes, nenda juga pandai berpantun", kata cucu cucu gua lagi.

kakaka

Friday, 24 May 2013

Keep calm and do charity.



Assalamualaikum.

lama gua tak hadpet belog, power tak power.

untuk tambah power yang sedia ada power, 18 Mei haritu kami, ahli Community Service, telah menjalankan satu projek amal, yang dipanggil 2 in 1 project, di mana ade dua projek terselit dalam satu hari. Satu, meraikan anak anak yatim, di Rumah Amal Siraman Kasih, Rawang. Dua, Food For Homeless Project, Kualalala Lumpur.

wokei, ini projek satu.


main game letup belon. gila agresif semua orang. macam perang.

Group enam girang terbilang.

ni, memula semua malu malu hamster, bila dah panas enjin, amboih kemain.

macam biase, group gua paling power. no enam daripada....enam.

paihtu, ini projek dua.


baguih, semua kaki charity, pilihan ibu mertoaaa.


kena pakai tshirt sama, baru tak sesat p mana mana.

berkerumun, membungkuih makanan.




--- untuk tujuan keselamatan, kami tak dibenarkan bergambaq semasa proses pengagihan makanan.



malam tu, kami dipecah kepada empat kumpulan, untuk agih lebih kurang 200 bungkus nasi, biskut, roti juga barang keperluan diri untuk homeless, secara berjalan kaki. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Terima kasih buat sukarelawan Hari Tanpa Lapar sebab sudi bekerjasama dengan kami, students UiTM dalam menjayakan Food For Homeless Project, tak lupa buat sukarelawan dari Wild Extreme Club dan komrad komrad ZineSatuMalam yang sempat berpuisi untuk menyampaikan rasa diri pada malam tersebut. Terima kasih juga buat orang awam yang terlibat. Lain kali panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi yaa.

keep calm, and do charity.

keratan akhbar Berita Harian mengenai projek.


Saturday, 13 April 2013

mulut campoq hati


dah lama gua perati. 

masih ada dua tiga ketui manusia, yang jenih kalau dak puaih hati dekat manusia ataupun hidupan lain, depa akan habaq secara unmensi di alam maya.

pelik.

contohnya macam,

"woih aku tak suka hang, hang annoying,

 muka hang berjerawat batu,

 ketiak hang hangit,

 hang sudah mengguris hatiku,

 benci hang level infinity,

 hang lah manusia paling huduh perangai yang aku pernah jumpa di muka bumi ini."

ya, contoh di ataih ni merupakan ayat yang menunjukkan tahap kegeraman melebihi peratuih normal perasaan manusia. 

tapi,


pasaipa depa tak habaq teruih terang? 

depa tak suka manusia terbabit, cakap depan lah, cakap belakang manusia berjerawat batu, ketiak hangit, berbulu apa suma mana dengaq.

ginilah gua nak habaq mai.

betui, kadang kadang cakap atau gurau sonda seseorang inidividu kepada individu yang lain, bulih menyebabkan parut kekal sepanjang zaman. Tapi masalahnya sekarang, ada sesetengah manusia, dia tak sedaq pun dia dah mencalaq balaqkan hati manusia lain. mungkin depa jenih yang..ah tak tau la depa jenih apa pun, tapi memang wujud manusia sebegini.

jadinya, hang yang dah berdarah hati ni patutnya, p la cakap kat depa yang depa dah toreh hati limpa hang. kasi depa sedaq. bukan apa, depa kadang kadang tak tahu depa ni salah tang mana. 

jadinya, moh lew kita bersama bermuhasabah diri.

hang terguris, kemudian mengguris kembali. dari satu hati berparut, kemudian berlonggok longgok hati terluka. sampai bila nak jumpa hujung?

kita hidup ramai, bukan solo. 

Jadinya, tolak ansur penting. bukannya tolak menolak. tampaq hang satgi.

peace.

babai, Assalamualaikum.