Assalamualaikum.
lama gua tak hadpet belog, power tak power.
untuk tambah power yang sedia ada power, 18 Mei haritu kami, ahli Community Service, telah menjalankan satu projek amal, yang dipanggil 2 in 1 project, di mana ade dua projek terselit dalam satu hari. Satu, meraikan anak anak yatim, di Rumah Amal Siraman Kasih, Rawang. Dua, Food For Homeless Project, Kualalala Lumpur.
wokei, ini projek satu.
main game letup belon. gila agresif semua orang. macam perang. |
Group enam girang terbilang. |
ni, memula semua malu malu hamster, bila dah panas enjin, amboih kemain. |
macam biase, group gua paling power. no enam daripada....enam. |
paihtu, ini projek dua.
baguih, semua kaki charity, pilihan ibu mertoaaa. |
kena pakai tshirt sama, baru tak sesat p mana mana. |
berkerumun, membungkuih makanan. |
--- untuk tujuan keselamatan, kami tak dibenarkan bergambaq semasa proses pengagihan makanan.
malam tu, kami dipecah kepada empat kumpulan, untuk agih lebih kurang 200 bungkus nasi, biskut, roti juga barang keperluan diri untuk homeless, secara berjalan kaki. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Terima kasih buat sukarelawan Hari Tanpa Lapar sebab sudi bekerjasama dengan kami, students UiTM dalam menjayakan Food For Homeless Project, tak lupa buat sukarelawan dari Wild Extreme Club dan komrad komrad ZineSatuMalam yang sempat berpuisi untuk menyampaikan rasa diri pada malam tersebut. Terima kasih juga buat orang awam yang terlibat. Lain kali panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi yaa.
No comments:
Post a Comment