Assalamulaikum.
Ini kesah bedah.
cerita bermula pabila si bedah, atau nama dalam ic Siti Carlifornia, mahu ke pasar. Ya, memang nampak mengarut, macam mana Siti Carlifornia boleh berubah kepada bedah, tapi pedulik hape, gua malas nak kasi tahu. Maka, untuk ke pasar, bedah perlu buat keputusan hidup mati sama ada mahu menaiki teksi atau berjalan kaki. Mengikut perancangan asli, Siti Carlifornia mahu saja berjalan ke pasar, tapi bila ditimbang timbang, jarak ke pasar dari rumahnya sudah lebih berjuta sentimeter, boleh lencun ketiak Carlifornia. lencun saja tidak mengapa, takut takut peluhnya melimpah pula ke ladang gandum, mana bedah mahu sorok muka? nak cari ladang gandum saja dah jadi satu masalah lain. Jadi bedah naik teksi.
Tujuh setengah pagi, bedah steady tunggu teksi.
Terguris perasaan bedah itu jam, seketul teksi pun tidak kelihatan. Berasap telinga bedah menahan marah, nasib baik aja bedah hijabster, sudah dililit lilit selendang dikepalanya, sampaikan asap pun susah mahu keluar. Bedah kasi chan teksi datang lambat sikit, kalau takde jugak bedah baring atas jalan, tanda protes.
Tak semena mena, teksi lalu depan mata. Apelagi, bedah buat muka kerek. Bukan apa, bedah fikir kekerekan bedah itu boleh buat teksi tahu yang bedah tengah tunggu dia. Sayang seribu kali sayang sembah patik harap diampun, teksi jalan selamber badak, ditolehnya bedah pun tidak.
Kosong bedah rasa.
Ada mokcik yang datang entah dari mana, sentuh bahu bedah.
" Nak, teksi tak akan berhenti kalau kita tak tahan dia nak, teksi tak tahu yang kita tengah tunggu dia "
Bedah angguk dua kali tanda paham.
" tapi nak, kalau teksi berhenti tapi engko tak naik, jangan sedih. Mungkin, haluan teksi lain, haluan engko lain "
Bedah angguk lagi, tapi kali ni empat kali dia punya angguk. kefahaman bedah, dah level dewa dewi, senang cerita.
" Chenta, sama juga macam kita tunggu teksi nak "
Deep gila mokcik ni, terbeliak mata bedah.
dah alang alang mata terbeliak, bedah nengok jam tangan. Ah sudah, seminit lagi nak jam doblas. Siti Carlifornia cepat cepat mahu hulur salam ke mokcik, tapi aneh, mokcik dah hilang dari pandangan. Boleh tahan power mokcik, dah lah deep, boleh hilang hilang pulak.
Berdesup bedah lari dari tempat kejadian terus balik ke rumah. Bedah tak fikir lagi mahu ke pasar.
sambil duduk depan tivi dan makan megi, bedah terus fikir pasal teksi dan chenta.
pastu dia tidur, sebelum pejam mata, bedah sempat pesan ke omak,
" Mak, wake me up when september end ye! "
paihtu terus berdengkur,
sekuat hati.
No comments:
Post a Comment