Assalamualaikum.
jadi sekarang, aku dah lupa nak buat kata kata pendahuluan macam mana. Lantak engko la aku nak terus masuk cerita, tegas tak tegas?
cuti lebih kurang sebulan camgitu, selain punya jawatan bibik merangkap ajk kebersihan, tukang cuci kain, sidai kain, sapu sampah dan juga pelbagai jenis pekerjaan masuk akal yang lain, aku juga buat kerja kerja part time macam jadik kaunselor selaku penasihat budak budak nak peksa. Ya, adik adik aku sorang nak upsr, lagi dua nak periksa form 3 yang sekarang orang panggil pbsmr ke mende entah lah. Powernya anak sulung ni engko akan jadi segala jadah inspirasi untuk adik adik di mana segala macam soalan latih tubi yang engko hampir sipi sipi nak lupa akan disoal kembali ,dan secara tak langsung engko pun akan acah acah intelligent walaupun sering menyalahkan buku latihan dan kalkulator bila tak reti nak jawab soalan.
bukan main malas lagi aku masa sekolah rendah dulu. Malas yang bukan boleh bawak gurau. Malas terdampar engko tahu, yang jenis baring tengah jalan kena langgar beskal pun boleh buat tak reti nak ketepi, ha malas camgitu lah. Malas tahap sifir lima pun susah nak hafal. Aku dulu pernah kena baca sifir lima dekat depan kelas, pastu tak reti. Sampai sekarang tergusir perasaan dengan cikgu matematik. Kalau terserempak kat mana mana, akan aku baca sifir ke dia kuat kuat.
pastu suka tipu ada kerja sekolah, cakap takdek. Abah pulak jenis yang prihatin ke anak anak. Hampir tiap malam spot check beg sekolah. Selalunya, bila ada kerja sekolah aku akan bawak kerekter cucu mithali di mana aku akan pergi rumah nenek tidur sana dan salah satu sebabnya, takut kena marah abah wiwiwi. Pastu esok paginya, aku akan buat drama sedih taknak pergi sekolah. Jenis yang dah hantar sampai kelas, berlari pi pagar depan. Sedih gila, pandai aku mendalami watak. Aku yakin gila, bakal anak anak aku esok akan buat perangai macam gini jugak, balasan Tuhan.
Abah dulu garang gila ke aku. Subjek feveret pulak matematik, ah aku pulak pesen manusia jiwa seni nombor nombor, darab bahagi memang bukan kegemaran. Bila peksa dapat 79/100 matematik, mampos lah engko. Siap sedia fizikal mental. Abah akan suruh buat pembetulan sambil dia perati kat sebelah. Gerun dia takpayah cakap lah, level kinabalu campur everest. Doraemon yang selalu tayang masa maghrib tu pun tak kasi nengok, engko tahu.
sekarang bukan main bebas adik adik aku, belajar tak perlu abah perati. Jenis berdikari. Jeles jugak sebenarnya. Aku tengah pikir ni kalau abah tak tegas ke aku dulu, entah apa jadi. Naik darjah lima, disamping sering memenangi pertandingan mewarna, aku dah mula belajar secara seriyes pastu terus settle darjah enam upsr dan sedar sedar dah tingkatan satu.
Lagilah perangai naik form one, masuk asrama dua minggu keluar dah. Degil aku dulu, kalau boleh jumpa aku yang dulu, memang aku sound ke aku sendiri. Lepas keluar asrama, aku berikrar nak belajar bagus memandangkan sekolah depan rumah nenek, dari koridor kelas boleh nampak rumah. Senang cerita kalau nak selamber badak makan tengahari kat rumah pun boleh. Pastu pulak, jumpa kawan yang rajin dia tahap mak mertua tak fikir dua kali nak buat menantu, sebelum balik rumah homework segala jadah settle. Sebab nak jugak jadi pilihan mak mertua, aku ikut rajin sekali.
Kadang kadang terfikir, dulu masa sekolah macam mana study. Pmr je, dah kena revise buku tiga tahun, dari buku text form one sampai form three. Sekarang, slides berapa chapter pun susah nau nak habis, kan?
ok tu je nak cerita, boiii
No comments:
Post a Comment