Tuesday, 2 April 2013

Doploh.


iye perasaan itu. bila umur engko dah cecah dua puluh. Dua puluh, tapi,


ibu abah engko tak pernah sekali hilang, bila engko rasa sendiri. tak pernah.

ibu abah engko tak pernah sekali buat engko rasa susah, bila engko betul betul rasa, engko lah manusia paling diduga dalam dunia. tak pernah.

ibu abah engko tak pernah sekali buat engko rasa engko paling nood dalam abad ke tujuh belas. tak pernah.

ibu abah engko tak pernah sekali buat engko rasa engko tenggelam dalam dunia yang kata penuh nafsu, penuh noda. tak pernah.

ibu abah engko tak pernah sekali lupa jadi teman, bila engko rasa engko tak ada siapa. tak pernah.

dan..

ibu abah engko tak pernah sekali lupa ucap birthday, dengan segala macam pesan. 'biar makin pandai, makin baik, makin cantik'. tak pernah.

nanti, bila aku jadi ibu.

aku nak jadi sebaik ibu aku.

dan abah.

biar lah engko se hero abah.



Jadinya..Selamat hari kelahiran Syahidah. semoge yang terbaik untuk engko. 

Sunday, 17 March 2013

Cawan.

Assalamualaikum.

dua minit setengah yang lalu, gua godek godek Tumblr, dan jumpa ini.


peh, sebijik serupa cenggini lah kena buat masa aktiviti Kemahiran Insaniah tadi, sebijik. Gila confident jalan keliling fakulti sambil ade cawan jadi muncung. Kamon la, mana nak jumpe masyarakat bermulut cawan dekat tempat lain? takde punye, takde.

oleh yang demikian, hargailah manusia bermulut cawan di sekeliling anda.

Friday, 25 January 2013

pabila Bedah berlari

Assalamualaikum.

Dan cerita bermula apabila bedah buat keputusan untuk berlari pada petang itu. lari lari jauh dari realiti, kata bedah. epic sungguh bedah. adakah dia tahu berat badannya saja sudah serupa lori tiga tan, lari setempat lima enam kali saja sudah semput seperti orang tersumbat sistem pernafasan. inikan pula mahu lari jauh dari realiti, gila agaknya.

Sungguh bedah tidak segila itu, jangan cliche, bedah tak suka, tak suka.

Hakikinya, bedah cuma mahu lari keliling stadium ja, padiaa pikiaq jauh lari dari realiti, mahu kemana? lari ke bulan? ke bintang? atau mungkin lebih dasyat, ke matahari? getus bedah dalam hati.

berbalik kepada misi utama, bedah sudah siap berseluaq track, t shirt lengan panjang, bertudung litup serta tali kasut diikat mati, diikat mati? ya, diikat mati. bedah tak rela tergolek di dalam stadium gara gara tali kasut  terlepas dari ikatan. pernah suatu ketika, akibat terlalu naif menggayakan kasut baru sekolahnya, bedah mengikat tali kasut secara melepaskan batuk di tangga, disebabkan itu bedah jatuh gedebuk di hadapan remaja seusianya, sudah lah kachak, rambut pacak pacak pula. seminggu setengah bedah menahan malu. lebih parah, gambarnya ketika waktu kejadian diupload pula ke pesbuk. nice sungguh. mujur bedah penyabar orangnya.

inilah dia bedah, suka lari dari topik.

Sesampainya bedah di stadium, bedah terus mula dengan senaman senaman ringkas. di sedut udara, di lepas. di sedut lagi, di lepas lagi. dua tiga kali bedah ulang benda sama. dan bedah lari. mula mula perlahan. dan laju kemudiannya.

ketika lari bedah pandang depan. fokus katanya, dan dua minit selepas itu. dunia jadi perlahan, perlahan sangat sangat perlahan *sila baca selow selow* perlahan, apabila seseorang berlari di sebelah, cuba memotong. Berdebor hati bedah. Ini jodoh ni, jodoh.

bedah lari perlahan. lagu titanic tiba tiba kedengaran. entah dari mana asal usulnya, bedah pun taktahu. sambil senyum senyum, bedah lari belakang jodoh. konon konon macam, behind every successful man, there stands a woman lah. ya, bedah tahu ini poyo.

bila larian jodoh semakin laju dan jauh, bedah hape lagi dikejornya juga. walaupun bedah tahu hampir tercabut kepala lututnya apabila dia berlari sedasyat itu. gayanya persis harry porter yang terbang laju dalam pertandingan quidditch, bezanya cuma bedah berlari dan bukannya terbang. mungkin kalau bedah laju lagi sikit, bedah juga terbang.

dan bedah pulang dengan hati penuh taman. ah tak kesah lah taman bunga ke, taman botani ke, taman permainan sekali pun, yang penting taman.

kerna larian ini juga, bedah hilang 5kilo dalam hari yang sama. bahahhahaha tak tipu je. berat bedah masih sama, bila penat berlari, burger punya 3 lapis daging menjadi habuannya. gelojoh sungguh bedah.

aduh! bedah buka mata dan sedar sedar dia sudah ada di bawah katil dengan bantal lusuh dalam genggaman tangan kanannya. mana burger? mana jodoh? ini mimpi?

bedah tarik nafas dan dihembus kasar, mimpi disambung semula, mungkin ke episod yang lain. mimpi cliche.

Thursday, 24 January 2013

Warkah buat omak...mertuaku.

(This entry is too mainstream for you to read, jaga jaga)

Assalamualaikum omak.

oh memandangkan entry ini ku tuju laju laju buat bakal omak mertuaku yang jauh di mata, tapi dokat di hati, salam permulaan, biarlah buat omak. gitew.

omak, kita mintak izin menulih dulu yo. 

buat pengetahuan omak, tadi siang kita buat ini.



omak, walaupun kita tak duduk bersebelahan omak, tapi jauh di sudut hati nurani, kita dapat kesan yang omak sedang menelan ayaq liuq sekarang. betul bukan omak? nanti kita buat untuk omak ya.

omak, bukankah kita punya potensi baek punya untuk jadi menantu omak, bukankah?

Tapi omak, bukan niat kita untuk bohong sama omak, tidak sama sekali omak, tidak. Sebenornya omak, ini ibu kita yang buat habaq hang omak, kita tumpang glamer ja. tak salah kan omak. 

omak, sat omak jangan mengalihkan pandangan itu omak, kita tak habih explain lagi. kita tolong omak, kita tolong ibu kita sapu krim apa. yang decorate decorate kita buat ni omak, kita buat *nada sebak tak semena mena*

omak, sebelum kita mengundur diri ini, kita ada soalan buat omak.

sudikah omak menerima kita sebagai menantu pilihan terulung omak?

apadia omak? apadia? memandangkan kita menulih buat omak yang jauh, jadi agak mustahil kekalau kita boleh dengaq jawapan omak.

Hmm kita assume jolah omak setuju okey. 

omak, walau di mana omak berado, walau siapa pun omak, kita nak bitau yang, kita saaaayang omak. untuk nampak real kasih sayang itu, omak perlu sebut sayang dengan kelebaran mulut maximum yakni dengan enam harakat. 

kita p berambuih dulu k omak, xoxo.

Oh ya, salam sayang juga buat anak omak. hiks

yang ikhlas

____kita____
(tandatangan kita)

Sunday, 30 December 2012

Buatmu, perut.

Assalamualaikum.

ini buat manusia manusia punya selera super.




ekceli ini bisnes ibu den. Jadi, sebagai anak yang bertauliah lagi penuh keazaman, gua turut terlibat dalam aktiviti penghasilan apam kaler kaler nih.

oh click SINI untuk view apam pelbagai pesen.

so, how to place your order?
Email us at joezan70@yahoo.com

... with the following details,
Nama :
No phone :
Alamat :
Perisa :
Kuantiti :

tata.

Sunday, 23 December 2012

Salji.


aku akan terus berharap salji turun. turun laju laju. entah macam mana perasannya kalau itu jadi. Jadi depan mata aku. Memandangkan aku teringin makan cempedak goreng, jadi aku nak cerita pasal salji, tak kira nak jugak.

dulu masa kecik, masa hingus melekat keliling hidung, aku punya impian. Mahu lari lari dalam salji. Ya itu. berlari lari lari sampai jatuh, bangun balik lari lagi lari lari jatuh balik nangis, pastu lari lari sampai penat, pastu minum air jap, pastu lari lari lari lagi. macam tu sekali, power tak?

ada satu part, aku balik sekolah tadika. tadika ke ape entah lah tak ingat. Yang aku tahu, aku bukak peti ais belah atas, tempat simpan air batu tu, fefeeling pergi obersea, main air batu macam main salji. Engko pernah buat camtu? mesti pernah, aku tahu sebab mengikut kajian, kanak kanak yang cergas lagi cerdas akal pemikirannya, berakhlak mulia juga berbudi pekerti, mesti akan buat aktiviti camni. Aku tanya lagi sekali, engko pernah dak main salji dalam peti ais? eleh, baru nak mengaku. menyampah.

Dan impian itu aku simpan sampai laaa ni you know. 


satu perbezaan bukan, selalunya. hujan turun. mungkin satu hari nanti, dapat pergi tempat orang, salji pulak turun. Kuasa Dia. 

Assalamualaikum.

Friday, 14 December 2012

takyah tajuk ah.

Assalamualaikum.



takde ape. cuma nak bagi tahu yang semester satu sikit lagi nak habis. sikit lagi. Final exam makin dekat!

Ya Allah, permudahkanlah urusan aku juga urusan rakan rakanku. Berikanlah kami kejayaan, dunia akhirat. Amin.