Assalamualaikum.
Dan cerita bermula apabila bedah buat keputusan untuk berlari pada petang itu. lari lari jauh dari realiti, kata bedah. epic sungguh bedah. adakah dia tahu berat badannya saja sudah serupa lori tiga tan, lari setempat lima enam kali saja sudah semput seperti orang tersumbat sistem pernafasan. inikan pula mahu lari jauh dari realiti, gila agaknya.
Sungguh bedah tidak segila itu, jangan cliche, bedah tak suka, tak suka.
Hakikinya, bedah cuma mahu lari keliling stadium ja, padiaa pikiaq jauh lari dari realiti, mahu kemana? lari ke bulan? ke bintang? atau mungkin lebih dasyat, ke matahari? getus bedah dalam hati.
berbalik kepada misi utama, bedah sudah siap berseluaq track, t shirt lengan panjang, bertudung litup serta tali kasut diikat mati, diikat mati? ya, diikat mati. bedah tak rela tergolek di dalam stadium gara gara tali kasut terlepas dari ikatan. pernah suatu ketika, akibat terlalu naif menggayakan kasut baru sekolahnya, bedah mengikat tali kasut secara melepaskan batuk di tangga, disebabkan itu bedah jatuh gedebuk di hadapan remaja seusianya, sudah lah kachak, rambut pacak pacak pula. seminggu setengah bedah menahan malu. lebih parah, gambarnya ketika waktu kejadian diupload pula ke pesbuk. nice sungguh. mujur bedah penyabar orangnya.
inilah dia bedah, suka lari dari topik.
Sesampainya bedah di stadium, bedah terus mula dengan senaman senaman ringkas. di sedut udara, di lepas. di sedut lagi, di lepas lagi. dua tiga kali bedah ulang benda sama. dan bedah lari. mula mula perlahan. dan laju kemudiannya.
ketika lari bedah pandang depan. fokus katanya, dan dua minit selepas itu. dunia jadi perlahan, perlahan sangat sangat perlahan *sila baca selow selow* perlahan, apabila seseorang berlari di sebelah, cuba memotong. Berdebor hati bedah. Ini jodoh ni, jodoh.
bedah lari perlahan. lagu titanic tiba tiba kedengaran. entah dari mana asal usulnya, bedah pun taktahu. sambil senyum senyum, bedah lari belakang jodoh. konon konon macam, behind every successful man, there stands a woman lah. ya, bedah tahu ini poyo.
bila larian jodoh semakin laju dan jauh, bedah hape lagi dikejornya juga. walaupun bedah tahu hampir tercabut kepala lututnya apabila dia berlari sedasyat itu. gayanya persis harry porter yang terbang laju dalam pertandingan quidditch, bezanya cuma bedah berlari dan bukannya terbang. mungkin kalau bedah laju lagi sikit, bedah juga terbang.
dan bedah pulang dengan hati penuh taman. ah tak kesah lah taman bunga ke, taman botani ke, taman permainan sekali pun, yang penting taman.
kerna larian ini juga, bedah hilang 5kilo dalam hari yang sama. bahahhahaha tak tipu je. berat bedah masih sama, bila penat berlari, burger punya 3 lapis daging menjadi habuannya. gelojoh sungguh bedah.
aduh! bedah buka mata dan sedar sedar dia sudah ada di bawah katil dengan bantal lusuh dalam genggaman tangan kanannya. mana burger? mana jodoh? ini mimpi?
bedah tarik nafas dan dihembus kasar, mimpi disambung semula, mungkin ke episod yang lain. mimpi cliche.
No comments:
Post a Comment