aku akan terus berharap salji turun. turun laju laju. entah macam mana perasannya kalau itu jadi. Jadi depan mata aku. Memandangkan aku teringin makan cempedak goreng, jadi aku nak cerita pasal salji, tak kira nak jugak.
dulu masa kecik, masa hingus melekat keliling hidung, aku punya impian. Mahu lari lari dalam salji. Ya itu. berlari lari lari sampai jatuh, bangun balik lari lagi lari lari jatuh balik nangis, pastu lari lari sampai penat, pastu minum air jap, pastu lari lari lari lagi. macam tu sekali, power tak?
ada satu part, aku balik sekolah tadika. tadika ke ape entah lah tak ingat. Yang aku tahu, aku bukak peti ais belah atas, tempat simpan air batu tu, fefeeling pergi obersea, main air batu macam main salji. Engko pernah buat camtu? mesti pernah, aku tahu sebab mengikut kajian, kanak kanak yang cergas lagi cerdas akal pemikirannya, berakhlak mulia juga berbudi pekerti, mesti akan buat aktiviti camni. Aku tanya lagi sekali, engko pernah dak main salji dalam peti ais? eleh, baru nak mengaku. menyampah.
Dan impian itu aku simpan sampai laaa ni you know.
satu perbezaan bukan, selalunya. hujan turun. mungkin satu hari nanti, dapat pergi tempat orang, salji pulak turun. Kuasa Dia.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment