Assalamualaikum.
cerita mula bila...bedah duduk. bukan seorang. tapi ramai ramai. perhati manusia. jalan sini sana. masing masing dengan hal dunia. oh atau mungkin hal akhirat. tak mahu bedah menilai orang dari luaran. cliche katanya.
mula mula bedah pusing kiri. lepas tu kiri lagi. lepas tu baru kanan. bedah pandang dua susuk tubuh. bawah payung. seorang adam. seorang hawa. oh lupa kasi tahu. waktu itu hujan. sambil makan kopok lekor singgit dalam plastik siap sos merah kaw kaw, bedah fikir dalam dalam. adakah bedah juga perlu cinta? bedah geleng. ini cliche. bedah jalan. jalan balik bilik.
bedah play lagu 'telefon aku mungkin' dendangan keli jepsen. mula mula goyang kepala. bedah ikut rentak. 'hey, aku baru jumpa engko dan ini gila, tapi ini nombor aku, telefon aku mungkin?' dua kali bedah ulang lagu keli. bedah keluar bilik. mahu ke toilet yang jaraknya sangat tak sesuai buat mereka mereka yang kerap sakit perut.
dan seperti biasa. ramai berdiri di luar. sengih sengih. ketawa kecil. sambil menjawab telefon. (oh kadang kadang ketawa besar. terkejut juga bedah) mungkin panggilan itu dari kampung, kata bedah. walaupun dari lagak gaya. bedah tahu sangat. malam malam sambil ketawa hikhik. dari siapa lagi. cumanya. bedah tak mahu cliche menilai manusia. kan bedah dah bagi tahu awal awal tadi.
bedah masuk bilik. es-em-es dari nombor tidak diundang. debor juga bedah. bedah baca. RM0.00 : Kesunyian? taip on cinta ke 39399 anda pasti menemui cinta. cliche ini cliche. sambil buat muka slenge yang ke dua puluh empat untuk ke sekian kalinya dalam hari tersebut, bedah tarik nafas panjang. lepas tarik nafas. bedah lepas. tak sanggup bedah tahan nafas lelama. boleh semput katanya.
bedah baring atas bantal. memandangkan ketika itu hujan rintik rintik air bergelora, bedah buat keputusan untuk tidur dalam selimut. dan soalan awal awal, main cak cak kembali. adakah bedah perlu cinta pada waktu ini?
mungkin tidak.
bedah banyak homework.
tak ada masa untuk bercinta,
lagi pun bagi bedah.
itu cliche.
tiada motif kukuh disebalik kebedahan ke-clihe-han ini. cumanya dalam dua tiga hari. cerita bedah cliche asyik berlegar legar dalam kepala. runsing jugak.
Notakaki - bedah pesan dekat aku, toksah letak notakaki kali ni. katanya, ia terlalu cliche.
No comments:
Post a Comment