Sunday, 23 September 2012

kena letak tajuk ke?

Assalamualaikum

ini yang gua malas nak cerita. bila dah lama nak menaip sepatah dua kata, otak dengan jari langsung tak mahu berkomunikasi. atau mungkin gua patut taip guna telinga kali ni? 

okay habis mukadimah yang tak berapa mukadimah tadi. dah cukup dua minggu camtu gua bertapak dekat Shah Alam. berbekalkan semangat juang yang tinggi *muka slenge* juga semangat yang jitu *muka slenge lagi sekali* gua kembali menuntut ilmu lepas cuti horey horey lima bulan. 

nak start hidup dekat sini tak mudah gua cakap ah brader. macam macam halangan terpaksa gua tempuh, halangan macam lari berpagar atau terjunan bebas ala ala pandalela je gua belum buat.

tapi biasalah dugaan hidup. hati kena kuat kental. hidup kena positip kata orang. sabar watlek watpis stay stong gagah perkasa. ah ni yang rasa macam nak tunjuk muscle ni.

nak diikutkan dekat sini, tetiap kali nak ke fakulti gua dan member seangkatan juga tidak seangkatan atau angkatan angkatan yang sewaktu dengannya, kena naik la pan pu luh sem bi lan anak tangga. oh cara penulisan sebegitu dibuat dengan sengaja semata mata untuk menunjukkan betapa dasat dan kronik perjalanan ke kelas. perh, menggeletar buku lali. menangis ketiak.  mungkin setahun dua lagi gua akan cuba usulkan buat flying fox dari fakulti ke kolej. 

dah lah tak tahu nak cakap apa dah. cumanya pagi tadi boleh pulak kunci bilik main cak cak. gua cari cari tak jumpa. ingat artis ke hape nak menyorok camtu. seteghes gua sesaat dua. 

eh kejap.



ni nak percaya ke cemana ni. sebab malam tadi gua mimpi. gua mimpi. gua  mimpi. ah nebermind. lupakan semua ini. lupakan.

No comments: