Saturday, 18 February 2012

Duck face campur gigi vampire

Assalamualaikum.

Tahu apa itu duck face? Dalam facebook, kemain rancak orang post gambar itu ini. antaranya :



Pernah tengok? Atau mungkin pernah like? Alah, yang gambar gurgurl tengah muncung mulut then disamakan pulak dengan monyet, alahai kesian.

Bagi aku, bagi aku lah en, bagi aku, biarlah depa nak buat Donald duck face ke, mickey mouse face ke Patrick star face ke hape, biarlah. Ada diorang start main muncung mulut, bernanah sebelah telinga you olls, eceh? Ada diorang upload gambar mulut panjang cemtu buat mata sebelah kanan buta? Ada? Cheh, garang kemain patik.

Ini tak, ada gambar macam ini, mula lah ramai ramai post dengan harapan orang like tanda sejiwa dengan si tukang post, oh tambah rancak kalau kalau ada yang comment mengutuk sekali, saling menyalahkan antara jantina, “eh si Markonah pun suka buat muka duck face, ingat kiut lah tu” padahal si Abu bila depan cermin, pulak pulak kalau tengah seorang, lagi best kalau waktu macam itu ada phone lengkap kamera dekat tangan pun buat muncung sikit mulut, sambil cakap dalam hati “oh comel jugak aku”, pun boleh. Karma bukan? Kau kutuk orang, orang kutuk kau. Kau cakap orang buat itu ini, tak lama lepas tu kau pun buat sama macam apa yang kau kutuk. Dah ludah jilat balik? Euw.

Bila buat itu salah, ini salah haa, beranak pinaklah golongan PLASTIK. Jadi plastik sebab nak diterima masyarakat lah konon. Tahu tak plastik tu susah nak lupus? Tahu tak kalau beli barang hari sabtu tak dapat plastic free? *tetiba* dah sambung, lepas tu mulalah just be yourself lah hape lah. Acane nak be yourself, myself segala macam kalau apa yang dibuat semua kena condemn? Si tukang kutuk, hamboih bercakap seakan lupa mulut pot pet itu dipinjam dari Siapa.

okay, meh bebel pulak pasal gigi vampire.


Gigi rimau lah, gigi taring lah, gigi raja bersiung lah, hape lah. tahu tak ini fakta, mereka yang mempunyai gigi vampire senang nak kunyah burger. takpayah nak suruh orang kunyahkan, eh? HAHAHA.

kadang kadang sebab mulut jahat orang, boleh buat diri sendiri benci diri sendiri. mungkin ada yang lupa, siapa Yang Mencipta.

Notakaki - seronok jugak buat muncung mulut, rasa macam Angelina Jolie sekejap.


2 comments:

Cangkul Emas said...

ini semua lahir kerana adanya stereotaip. itu yng perlu dibasmi. Jangan jaga tepi kain orang kan..

SyahidahSyasha said...

"jaga tepi kain orang" tak kan pernah hilang. dekat mana mana pun ada. HAHAHA