Thursday 12 January 2012

MUET

Assalamualaikum.

Hari khamis, khamis yang penuh dengan penentuan. Result MUET memunculkan diri, eceh. aku, awal awal lagi dah tawakal habis. Usaha dah ada, tinggal selit selit dengan redha. malam tadi, muka nampak kemain cool, tapi bila text dari 15888 masuk, perh rasa macam kena sembelit tiga-hari-tak-baik. HAHA, menggigil tangan nak baca message. Alhamdulillah, Band 3. nak kata seronok pun tak, nak kata sedih pun tak. eh aku pun tak tahu apa yang patut aku rasa sekarang. konfius. 


ce tengok gambar atas. candidates who do not fulfill the requirement of CGPA 3.00 and above and MUET BAND 4 will be absorbed to other Degree programmes, which means kalau setakat band 3 yang aku dapat sekarang, degree law bukan untuk aku. sadis? yes, sedikit sadis.

Mula mula, aku memang ada rasa macam taknak repeat ambik MUET, konon konon nak fokus terus dekat exam. fokus untuk terus sambung degree, tapi tak lama lepas itu. ibu call, cakap "tak rugi kalau kita cuba lagi sekali". dan lepas tu aku bukak mata, bukak mata besar besar pandang masa hadapan. kenapa? ayat macam poyo? memang poyo lama dah, saja malas nak tunjuk, ahaks :P

oh ada orang tanya, "sya, kau betul betul nak ambik LAW?". aku ikut arus, dekat mana ada rezeki, dekat situ ada aku. tapi kalau fikir fikir dua tiga empat kali, alang alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan! aku nak habiskan benda ni sebaik baik mungkin, InsyaAllah. kawan aku pernah cakap "alah, law kan senang, macam sejarah hafal hafal" senang tengkorak mu, kalau bio kena hafal macam macam istillah sains, sama jugak macam law. oh kasi tambah capslock sikit LAWW, haaa sekarang baru nampak macam horror sikit. HAHA. 

bagi aku belajar apa pun mesti ada cabaran sendiri. kadang kadang payah, kadang kadang senang. bukti, masih ada bebudak dapat 4flat untuk law. tak ada yang mustahil untuk capai kejayaan bukan? masih ingat dulu masa tengah sewel sewel isi UPU. pergigian. cuma itu yang aku minat. sejak dari zaman hingus darjah tiga, memang aku dah tanam cita cita nak jadi doktor gigi. tapi bila tak lepas syarat asasi pergigian UIA, aku sentap, rasa macam gelap masa depan. 3hari berkabung.

okay cukup dengan itu, banyak lagi celah boleh masuk, contoh diploma mikrobiologi pun boleh jadi dentist. sama juga macam diploma sains. dek kerana semua list choice UPU aku diploma, aku letak seketul asasi, asasi law as my first choice. dan Alhamdulillah aku dapat, apa jadi dengan dentist? terkubur. mungkin itu bukan untuk aku. adik aku cakap "takpayah lah ambik benda pergigian tu, kan geli korek korek gigi orang". speechless, taktahu nak buat apa dengan dia, cuma mampu buat muka slenge sambil kelip kelip mata. oh aku pilih law bukan sebab geli korek gigi orang okay! ada sebab, panjang ceritanya tapi malas dah nak taip, HAHA :P

Sekarang dah masuk 2'nd Semester, dah nak habis dah pun. payah senang macam mana pun, aku kena kuat tempuh pelbagai dugaan *laplap air mata* oh jangan risau, aku tough. okay cukup, ini jadual MUET.


Notakaki - Allah akan balas usaha kita. InsyaAllah :')

4 comments:

intan_blur said...

slm singgah
intan follow sini ye..
keep in touch

SyahidahSyasha said...

terima kasih daun keladi, esok esok singgah lagi. hihi

alin said...

cuba je..muda2 ni kena banyak belajar.. :)

SyahidahSyasha said...

HAHAHHAHA, belajor belajor :D