Tuesday, 24 January 2012

CNY terkejut terkejut.

Assalamualaikum.

CNY semalam, aku, suri and su dah rancang awal awal nak gerak ke teluk cempedak. semua pun sibuk balik cuti. memang aku ada terfikir jugak nak balik sama, tapi dek kerana tengok suri, roomate aku si budak sabah boleh survive lawan homesick ala ala pejuang negara harapan nusa dan bangsa, aku pun nak try sama. tough kan? k takpayah puji, tahu lama dah :P

nak dijadikan cerita, dua tiga hari before cuti, aku demam panas. batuk melarat larat. macam sakit tenat. tak ada mood nak buat apa apa. dan sebab tu, suri, su ajak jalan jalan pergi sana, ambik angin laut katanya. aku ikut.

okay ini gambar gambar raya cina dekat teluk cempedak :D





then nak balik dah. duduk KFC kejap minum minum. aku dah tak selesa. badan tak sihat. ingat lepas tu nak singgah Megamall, nak kasi habis voucher RM200, tapi mana selesa jalan jalan kalau asyik batuk batuk. dan aku rasa, aku salah buat keputusan. sepatutnya cuti CNY, aku balik. bila sakit, tak seronok duduk jauh kan. mood berterabur, test lepas cuti habaq hang, kemain banyak. tapi aku langsung hilang semangat nak baca buku, aku pun tak tahu kenapa jadi macam itu, ibu cakap sebab tak sihat. haih.

Dalam KFC, abah call. tak clear dengar suara abah, aku keluar, duduk atas batu. abah tanya, aku dekat mana, buat apa, batuk macam mana, dah makin sihat ke, soalan biasa yang selalu dia tanya. aku nangis. aku cakap dekat dia, sejak demam, aku jadi malas baca buku, rasa macam nak balik rumah. "abah, kakyun stress sangat". 

Tengah lap lap air mata, ada tiga tangan kecik kecik peluk aku dari belakang! Ya Allah, adik adik aku! ibu abah semua ada! aku sendiri tak tahu diorang plan nak datang sini. Rupa rupanya, diorang dah lama perhatikan aku dari belakang, saja call buat buat macam ada dekat rumah. Hambik kau, menangis gila gila dekat situ jugak. ada orang nampak, k malu :P "abah sayang sangat dekat anaknya, sebab itu dia datang sini, kata ibu". Aku terharu sangat sangat, kelu gila. rasa macam semangat aku yang hilang datang balik berlipat kali ganda. Syukur Alhamdulillah, Allah bagi aku family awesome macam ini.






Notakaki - sayang semua sangat sangat :')

4 comments:

Haneesah Ghazali said...

Terharu pulak bacaaa. nasib tak menangis. HAHAHAHA (:

qistina ibrahim said...

babe!! sumpah sweet sangat. jeles you.

SyahidahSyasha said...

neesah : tehee, aku update story ni sambil nanges :P

qis : sweet kann? terkejut gila aku weyy!

nor isneini mohd ayob said...

sweet giler la famili die ni...:p